Assalamualaikum.
Aku rindu semuanya.
P palang S : Aku nak mula semula.
Thursday, 21 December 2017
Wednesday, 20 April 2016
SIMPLE WORD TO REMIND
Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
If kau rasa hidup kau ni dah habis susah and kau rasa down just ingat ada orang lebih susah hidupnya.
P palang S : Insan yang sanagt penat
If kau rasa hidup kau ni dah habis susah and kau rasa down just ingat ada orang lebih susah hidupnya.
P palang S : Insan yang sanagt penat
Thursday, 11 February 2016
Rude
Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Serius aku tak faham. Kenapa kau nk rude sangat dengan customer. Nak hempas ganggang phone tu sampai gegendang aku blh terkeluar. Aku just tanya kot. Aku tanya dengan nada selembut yang boleh tapi kau?? Kerja kau simple. Jawab apa yang aku tanya. Aku tak kesah kalau kau nak carot aku. Tapi kau tunggu lepas aku dah letak phone. Kau buat kerja kau aku buat kerja aku. SIMPLE RIGHT?
P palang S : Aku tahu tak semua CS mcm dua ekoq ni
Wednesday, 3 February 2016
Mental penat katanya
Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
seriously i don't know how to keluar opis dengan meninggalkan kepala yang dekat opis tadi tu tanpa bawa dia sama balik rumah. Penat otak dengan kerja. kalau boleh tak nak otak ni berfikir pasal kerja bila dah sampai rumah. Tapi otak degil. erm please nak tips
p palang s :aku rasa penat mental lebih worst daripada penat badan. Tak gitu?
Tuesday, 19 January 2016
EXPRESSO
Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
ini espresso google
Aku nak nasihatkan kalau kau bukan seorang yang tegar minum coffee please jangan order ni. Aku yang penggemar coffee ni pun sampai la ni tintong disebabkan espresso ni oii. Okay itu je. selamat bekerja.
P palang S : Aku sedang tidur dengan mata yang celik. Kau mampu???
Tuesday, 12 January 2016
PILIHAN
Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
You know what?? you cannot please others untuk stop buat sesuatu yang kau tak suka. Tak gitu? kau pilih la samada nak buat sesuatu tu ikut kata hati atau ikut akal yang waras. Kau Pilih, Aku pula pilih untuk buat sesuatu perkara dengan menggunakan akal 25 tahun.
Sekian. happy working korang :)
Tuesday, 29 December 2015
Suratan dan Ketentuan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Sedih bila bos tukarkan aku dari department sales masuk account department semula. Bukan tak suka kerja ni. Cuma tak suka environment kat account department ni. ermmm sabar dan redo.
P palang S : Nak menangis rasanya semalam. Tapi hari ni okay sikit dah :) chillll
Monday, 28 December 2015
KEPALA AKU KE KEPALA KAU
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Erm perkara ni dah banyak kali berlaku. Lagi-lagi kalau musim perayaan dimana semua adik beradik akan balik kampung. Akan ada la yang terjerit-jerit melalak-lalak meraung-raung
'Weh ni kepala siapa?!'
'Weh Nampak kepala aku tak?!
'Weh kau pakai kepala aku ae?1
'Weh ni kepala aku ke kapala kau?!
Dan akan ada la yang menjawab kepala sendiri pun nak tanya orang ke?!
selalu sgt gaduh sebabkan kepala ni
So, the solution is tampal nama masing-masing atas kepala masing-masing la. Takde la nak terjerit-jerit lagi dah haha.Sekiannnnn.
P palang S : Ni la padah kalau satu rumah pakai phone yang sama
Wednesday, 16 December 2015
AKU HARAP
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Aku harap.
Aku harap setiap kata-kata yang keluar dari mulut kau lahir dari hati
Aku harap kau pegang kata-kata kau
Aku harap kau jujur
Aku harap kau ikhlas
Aku harap kau tak pergunakan aku
Aku harap kau tak pergunakan orang lain
Aku harap kau serius dalam hal ini
Aku harap kau boleh tolong aku untuk ini.
P palang S : Ini adalah harapan aku pada kau.
Sunday, 13 December 2015
Nikah
Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Orang muda kata nikah muda itu tuntutan agama
Tapi kalau kau tak bersedia
dan agama kau masih ada dan tiada,
Itu tandanya kau belum sedia.
Dan mungkin kau kahwin itu hanya nafsu semata.
Nikah bukan sekadar pertembungan dua organ.
Kau harus tahu itu.
Credit .: buku puisi
P palang S : Jangan bersedih bagi mereka yg belum bertemu jodoh. Mungkin kita belum bersedia dari segi mental dan fizikal. Allah tahu apa yang terbaik. InshaAllah
Friday, 11 December 2015
Thursday, 10 December 2015
Tiba-tiba
Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Pernah tak kau tengah jalan kaki nak pergi mana-mana la. Tiba-tiba hati kau terdetik sebut 'mak' 'ayah'??
P palang S : **Kesat air mata
Tuesday, 8 December 2015
Thursday, 3 December 2015
BUKAN APA
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera
Apa yang aku rasa sekarang ni payah nak cakap. Cuma aku pelik kenapa erk ada orang macam ni.Kenapa ada perempuan macam ni. Straight to the point, aku sekarang ni tengah berkawan dengan seorang lelaki iaitu Mr.A. Kawan yang lebih serius. InsyaAllah. Tapi ada satu masalah bagi aku. Sebagai seorang perempuan yes kau takkan boleh lari daripada rasa cemburu.
First time aku jumpa Mr.A sumpah tak terpikir pun hubungan tu blh sejauh ni. Aku kenal sebab Ex officemate ajak aku teman lunch dengan member lama dia. Dipendekkan cerita, officemate kasi no phone aku kat Mr.A So, dari situ la bermula segalanya. Before aku terjebak dengan serius relationship ni, aku stalked dlu Mr.A sebab aku pikir takkan orang hensem macam dia ni takde girlfriend. Hasil dari siasatan aku tu okay aku jumpa profile google+ seorang perempuan yang penuh picture Mr.A kat situ. Terus tanya kat Mr A then dia terangkan dari A to Z. Okay waktu tu aku dengar and not 100% percaya cerita dia. Dari situ kita tahu dah budak perempuan ni memang meroyan tahap nak mati gila kan si Mr.A ni .
Nak dijadikan cerita aku stalked budak perempuan ni sampai la jumpa instagram dia. Usha punya usha jumpa pula picture dia dengan laki lain.( Complicated sangat aku rasa budak ni.) Okay dari sini pula aku percaya kata-kata Mr. A. Kepercayaan tu bertambah apabila 8.4.2015 dia bawa aku balik kampung jumpa family dia. Aku makin rasa dia serius dengan relationship ni bila raya aidilfitri tahun ni family dia datang jumpa family aku.
Nak dijadikan cerita aku stalked budak perempuan ni sampai la jumpa instagram dia. Usha punya usha jumpa pula picture dia dengan laki lain.( Complicated sangat aku rasa budak ni.) Okay dari sini pula aku percaya kata-kata Mr. A. Kepercayaan tu bertambah apabila 8.4.2015 dia bawa aku balik kampung jumpa family dia. Aku makin rasa dia serius dengan relationship ni bila raya aidilfitri tahun ni family dia datang jumpa family aku.
Erm cuma tu la. Perempuan weh..Kalau dah nama perempuan ni mana blh lari dari rasa cemburu. Mr.A dah banyak kali pesan stop stalking that budak la. (Consider budak aku rasa sebab umur dia baru 20 tahun.) Blh je aku stop stalk. Tapi tahan 2 minggu je la haha. Aku bukan apa tau. Kalau betul budak ni nak kat Mr. A , cuba la dia jangan jadi bodoh sangat pi letak picture dengan lalaki lain. Kau dah kenapa Sini kau I love u sana pun kau I love u juga doh. Pastu kau bagi tahu semua orang tu boyfriend kau. Tak faham aku weh. Aku ingat lelaki je ada macam ni. Rupanya perempuan pun ado haha. Aku nak suruh budak ni delete semua picture Mr.A pun tak boleh jugak. Mr.A tu bukan laki aku pun haha. Aku ni pun bukan jenis yang nak melangsi orang tak tentu hala. So aku layankan saja la budak physco ni. Sebelum aku pun ikut meroyan jadi orang gila macam budak perempuan ni, aku anggap je la yang Mr.A ni artis and budak perempuan ni peminat no 1 dia. kah kah kah okay bye!
P palang S : Aku bukan apa..Sekadar luahan orang kata kah kah kah
Wednesday, 2 December 2015
2016 YANG TERSANGAT MENCABAR
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Hari ni 2/12/2015. Facebook and twitter mesti kecoh pasal tambang train naik kan? aku kecoh kat opis je. Dok kapoci Tanya opismate tambang diaorang naik berapa juta sen. Macam aku naik train dari Universiti ke Pasar Seni. Before ni tambang RM.160. Pagi tadi tengok dah jadi RM 2.10. Anjat gegirl okay!!
Actually bukan la nak kecoh. Memang la tambang train ni setahu aku lama dah tak naik. Tapi kenapa naik banyak sangat. Why? why? why pak jib? eh!. Erm Korang rasa tak apa yang aku rasa sekarang ni? kejap. Boleh lagi ke aku guna word 'korang' sekarang ni memandangkan blog baru ni takde pun yang baca. Tapi takpe. Who cares. Berbalik semula pada cerita tadi tu. Haa tambang naik. Stress kan?
Bayangkan. Macam mana la kehidupan kita tahun depan. Tak payah nak depan sangat la kan. Pikir je la lagi 29 hari ni haa. Kalau gaji tak naik memang sakit la. Sakit jiwa raga. Aku rasa sekarang kalau gaji RM 1500 duduk KL payah la. Tolak EPF SOCSO tinggal berapa je. Nak bayar sewa rumah lagi. Makan minum, tambang train, tambang bas, minyak lagi Aku rasa kalau bujang tahan lagi la. Kita boleh sewa bilik. Kalau yang dah kawen takkan nak sewa bilik ye dak. Kat Kl nak sewa 1 biji rumah boleh habis gaji yang RM 1500 tu. Macam tu kerja untuk bayar sewa rumah jela. Tak payah buat benda lain. Eh lupa. Ada menteri kata kalau lagu tu tak payah duduk KL. Balik kampung cari kerja kat sana. Betul juga kan. Balik je kampung. Huhhh!!!
Haa apa lagi yang aku boleh cakap sekarang ni. Aku rasa sama-sama la kita kuatkan mental kita untuk hadapi tahun 2016. Mungkin banyak lagi yang nak naik ni. Tunggu masa je. Kita tengok jela kan. Apa lagi nak cakap. Marah-marah pun kita guna juga train tu. Marah-marah pada GST kita beli juga barang. Makan juga dekat luar. What to do? Redo sajo la. Okay bye
P palang S: Macam tak percaya boleh update kat opis . Wow sangat ni
Wednesday, 25 November 2015
Aku yang kerinduan
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera
Oooo nampaknya tak tercapai juga hasrat nak rajin update. Memang hangat-hangat taik ayam betul. Sikit lagi nak jadi candu. Haa tahu dok candu tu macam mana?!! Ofis ni bukan macam ofis lama. Boleh dok blogwalking dari jam 9 pagi sampai 6 petang. Ini pun pandai-pandai nak hidup. Memang rindu nak blogwalking tapi apakan daya :(
P palang S : Gini la kerja dengan cha ya nun alip hahaha
Monday, 3 August 2015
Just want to say hello
Hai Morning..
P palang S : Budget blog lama ramai giler org follow haha
Almost 1 year tak menaip. Lupa dah cara-cara nak mengarut. Just want to say hello and welcome to my new blog. Hati meronta nak menaip that's why gigihkan juga hati buat blog baru. Blog lama dah aku kuburkan. So, start with new one okay. That's all for today.
P palang S : Budget blog lama ramai giler org follow haha
Subscribe to:
Posts (Atom)



