Wednesday 2 December 2015

2016 YANG TERSANGAT MENCABAR

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
 
 
Hari ni 2/12/2015. Facebook and twitter mesti kecoh pasal tambang train naik kan? aku kecoh kat opis je. Dok kapoci Tanya opismate tambang diaorang naik berapa juta sen. Macam aku naik train dari Universiti ke Pasar Seni. Before ni tambang RM.160. Pagi tadi tengok dah jadi RM 2.10. Anjat gegirl okay!!
 
Actually bukan la nak kecoh. Memang la tambang train ni setahu aku lama dah tak naik. Tapi kenapa naik banyak sangat. Why? why? why pak jib? eh!. Erm Korang rasa tak apa yang aku rasa sekarang ni? kejap. Boleh lagi ke aku guna word 'korang' sekarang ni memandangkan blog baru ni takde pun yang baca. Tapi takpe. Who cares. Berbalik semula pada cerita tadi tu. Haa tambang naik. Stress kan?
 
Bayangkan. Macam mana la kehidupan kita tahun depan. Tak payah nak depan sangat la kan. Pikir je la lagi 29 hari ni haa. Kalau gaji tak naik memang sakit la. Sakit jiwa raga. Aku rasa sekarang kalau gaji RM 1500 duduk KL payah la. Tolak EPF SOCSO tinggal berapa je. Nak bayar sewa rumah lagi. Makan minum, tambang train, tambang bas, minyak lagi Aku rasa kalau bujang tahan lagi la. Kita boleh sewa bilik. Kalau yang dah kawen takkan nak sewa bilik ye dak. Kat Kl nak sewa 1 biji rumah boleh habis gaji yang RM 1500 tu. Macam tu kerja untuk bayar sewa rumah jela. Tak payah buat benda lain. Eh lupa. Ada menteri kata kalau lagu tu tak payah duduk KL. Balik kampung cari kerja kat sana. Betul juga kan. Balik je kampung. Huhhh!!!
 
Haa apa lagi yang aku boleh cakap sekarang ni. Aku rasa sama-sama la kita kuatkan mental kita untuk hadapi tahun 2016. Mungkin banyak lagi yang nak naik ni. Tunggu masa je. Kita tengok jela kan. Apa lagi nak cakap. Marah-marah pun kita guna juga train tu. Marah-marah pada GST kita beli juga barang. Makan juga dekat luar. What to do? Redo sajo la. Okay bye
 
P palang S: Macam tak percaya boleh update kat opis . Wow sangat ni
 
 
 


6 comments:

  1. Kena cari umah sewa yg betul2 dekat dgn office..jalan kaki je pegi keje :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. before ni memg tempat kje dekat dgn rumh..tapi tutup plak dah

      Delete
  2. Hi cici :D cm mana nak follow blog ni. xde button follow??

    Da tak de hati perot da jib ni... pk prot keluarga dia ja prot rkyat tak terisi apa dia peduli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu Ima.. memang mcm gini je kot gaya blog baru.sedih kan..

      Delete
    2. tu dah ada tu... orang 1st pollow...

      Delete